Thursday, 09 February 2012

Jujurkah Hubungan Anda?

Category : Renungan
Apabila memperkatakan mengenai hubungan persahabatan antara lelaki dan wanita , ramai bertanggapan perhubungan itu adalah hubungan intim sepasang kekasih , walaupun secara kasarnya hubungan itu tidak mempunyai penghujung . Tidak semestinya kawan berlainan jantina di anggap kekasih . Ada lelaki yang lebih serasi berkawan dengan wanita dan begitulah sebaliknya.

Hubungan sebagai sahabat ( tidak kira jantina ) adalah hubungan semulajadi sesama insan kerana lazim sahabat atau teman karib menjadi tempat meluahkan perasaan gembira, marah, tertekan dan teman untuk menangis. Kepercayaan kepada sahabat untuk menyimpan rahsia yang dikongsi bersama biasanya mengeratkan perhubungan.

Bagaimana pula hubungan anda bersama teman - teman anda ? Ikuti 14 kebaikan dan keburukan di dalam persahabatan bagi menilai sejauh mana keakraban perhubungan anda :

KEBAIKAN

    * Jujur di dalam menyatakan sesuatu - tanpa ada niat serong di sebaliknya .
    * Keikhlasan dalam memberi bantuan .
    * Bersedia untuk membantu dari segi kewangan atau tenaga / peka dengan masalah dan menjadi pendengar yang baik untuk menyelesaikan masalah.
    * Teguran yang membina - menyedarkan sahabat akan kesilapan yang dilakukannya .
    * Sanggup bersusah-payah meringankan beban yang di tanggung sahabat.
    * Menjaga sahabat daripada di fitnah atau di hina.
    * Sentiasa ingat-mengingati tentang dunia dan akhirat/sentiasa bersabar.
    * Dapat menyimpan rahsia / walau apapun berlaku.
    * Berkongsi kegembiraan - sentiasa meraikannya walaupun untuk perkara kecil.
    * Sentiasa berhubung walau jarak beribu-ribu batu.
    * Sama-sama berduka bila salah seorang di timpa bencana dan tidak akan meninggalkan sahabat keseorangan.
    * Tidak membohongi sahabat sendiri atau menyorok sesuatu perkara.
    * Tidak bertutur kasar walaupun sedang marah / bertolak ansur di dalam apa jua keadaan .
    * Memaafkan kesilapan yang berlaku dan mengalah.

KEBURUKAN

    * Bersikap hipokrit / berpura-pura.
    * 'Menikam sahabat dari belakang' - bertujuan menjatuhkan maruahnya.
    * Pentingkan diri sendiri tanpa menghiraukan perasaan orang lain.
    * Menjadi batu api antara sahabat dan pihak lain.
    * Berdolak-dalih untuk menghulurkan bantuan baik dari segi kewangan mahupun tenaga dan terus menjauhkan diri bila sahabat kesusahan .
    * Memfitnahkan dan memalukan sahabat sendiri .
    * Menggalakkan perbuatan mungkar tanpa perasaan bersalah.
    * Menceritakan rahsia peribadi sahabat kepada orang lain/gosip.
    * Dengki dan berperasaan cemburu dengan kejayaan sahabat sendiri / tidak berpuas hati.
    * Malas berhubung walaupun masih menyimpan nombor telefon.
    * Mencari teman-teman lain untuk berhibur dan bergembira / melupakan teman yang pernah susah bersama.
    * Suka meninggi dan meriakkan diri / seolah-olah orang lain tidak bagus.
    * Ceweret yang melampau / terpaksa mengikut telunjuk / tidak boleh bertolak ansur .
    * Pemarah dan sukar memaafkan kesalahan sahabat.

Like this articles? share it with Share With FacebookFacebook
<< Back
0 Comment | 777 hits | Posted by Callrid at 2009-01-19 09:24:04

Related Read

Add Comment
Name :
Web :
Comment :

Code :
 

Other Source
A Practical Guide On Complete Multivitamins
Many of us have a hard time deciding what the best multivitamin is for us. This is completely confusing and difficult especially when there are so many bottles to scan in the various aisles of the...

High Blood Pressure
The nutritional benefits of low-fat dairy products are well known for ages. The latest studies show that the ingredients of dairy products - some combination of milk proteins are effective and...

Welcome To Mimicwatch.com - Quality Luxury Replica Vacheron Constantin Watches At Affordable Price
When entering our online store at Mimicwatch.com, you are given an unique opportunity to choose among a wide selection of famous Replica Watches and Replica handbags such as Replica Vacheron...

Ebook Marketing Tips
A great way to have a product to sell on the Internet is an e-book which almost anyone can create. There is no longer any need for delaying with the simple process detailed below. If you are afraid...

Tactical Asset Marketing
Asset Management Different Asset Allocation Strategies Asset marketing is the process of dividing a portfolio into major asset categories such as cash, stocks, real estate, or...

Shout Box
2012-02-09 20:35:25 
asym
tukang koleksi lagu armada masuk kesini ya,
2012-02-06 19:57:17 
rumah dijual
selalu dagdigdug kalau bertemu dia
2012-02-03 05:38:35 
mobil bekas
jalan-jalan
2012-02-02 19:39:38 
Meilani
wkwkwkwkwk
2012-02-01 12:38:12 
Software Akuntansi
Software Akuntansi Laporan Keuangan Terbaik

Site Partners


Search Articles

Web Statistic
No Visitor :
2710207
Today Visitor :
2724
Online Visitor :
1
what is my ip address? Page Rank Checker

< Feb 2012 >
SMTWTFS
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
26272829

Increase Page Rank

Last Modified 08-November-2011, 23:21:04 pm
callrid.com Created 2006-2010 by Anton Ongsono
All rights reserved