Sunday, 20 January 2019

Jika Cinta Itu Mudah

Category : Love
Berikut adalah antara perkara yang selalu kita dengar mengenai cinta:

Cinta itu buta

Cinta itu tidak perlu dicari, ia akan datang sendiri bila tiba masanya

Jauh di mata, jauh di hati

Cinta tidak boleh selalu bertemu, nanti boring

Cinta selepas kahwin itu lebih manis

Cinta jarak jauh ni susah nak kekal lama

Dan saya yakin banyak lagi cliche mengenai cinta yang sering anda dengar. Anda boleh tambahkan sendiri.  Tidak cukup dengan itu, novel-novel cinta yang banyak di pasaran juga memomokkan kepada pembacanya mengenai ideal cinta yang banyak memesongkan pandangan eligible bachelor & bacheloratte di luar sana, sehingga mempunyai expectation yang bukan-bukan kepada cinta. Antaranya:

    1) Apabila ada cinta, setiap pertentangan mata akan menimbulkan getaran.

    2) Si lelakinya segak bergaya, biasanya dengan kereta yang turut bergaya. Sudahlah tampan, bersopan santun dan sanggup menerima wanita tersebut seadanya pula.

    3) Yang wanitanya lemah gemalai dan mudah tersentuh. Begitu sensitif jiwanya dan mudah cair dengan hantaran bunga ataupun sajak romantika.

    4) Yang lebih teruk, lelaki atau wanita yang jahat selalunya akan insaf dihujung cerita dan berbahagialah watak-watak tersebut sehingga ke akhir usia.

Wow, membaca cliche yang terakhir sahaja pun sudah boleh membuatkan saya termuntah.

Dunia sebenar bukan novel. Memang ada orang yang insaf dan berubah, tetapi lebih banyak orang yang jahat tidak baik-baik. Orang sahaja yang mengharap dia berubah. Dan ada juga orang yang berubah dari baik kepada jahat. Ini semua berlaku di dunia yang nyata yang kita perlu sedari.

Cinta tidak semudah ABC. Cinta mempunyai tafsiran yang pelbagai. Sebelum anda menuduh saya sebagai seorang yang skeptik di dalam cinta, biar saya memperkenalkan diri saya dahulu.

Hampir setahun yang dahulu, jika cinta ini adalah batu permata, saya sudah pasti cincinnya. Saya mempunyai cinta, dan saya mempercayainya. Saya yakin saya telah bertemu dengan jodoh saya. Kami telah bercinta selama 3 tahun 8 bulan. Keluarga kami juga telah tahu mengenai hubungan kami dan merestuinya. Cadangan saya, 2 tahun setelah graduasi kami akan berkahwin. Cadangan Si Dia, kami akan berkahwin secepat mungkin selepas graduasi atau setelah saya membeli kereta Vios.

Semuanya baik. Bahkan seminggu sebelum Syawal 2008, semester akhir pengajian saya kami bertemu dan saya boleh katakan itu adalah pertemuan paling bahagia kami sepanjang 3 tahun lebih perkenalan. Saya menghadiahkannya dengan seutas jam tangan Elle, jam idamannya sejak sekian lama dan juga kami membeli-belah untuk hadiah hari raya buat keluarganya.

Sungguh bahagia. Si dia tidak lagi sebak sewaktu kami hendak berpisah seperti yang biasa terjadi ketika awal-awal pertemuan kami dahulu (biasanya kami bertemu 2 bulan sekali secara purata kerana si dia menuntut di Penang dan saya di Perak), tetapi tidak ada kesalahan lagi, cinta itu di situ dan kami saling sayang menyayangi.

Saya sangat menyayanginya. Saya jangkakan kehidupan cinta saya sudah terjamin. Biasanya jika lelaki tidak mencari pasal, wanita tidak akan mencari pasal juga untuk meruntuhkan hubungan itu. Rakan karibnya pernah memberitahu saya yang saya terlalu memanjakannya yang saya rasa tidak tepat. Si dia sering merungut kepada saya bahawa si dia tidak menyenangi prinsip hidup saya. (Saya percaya hidup dengan kemampuan kita dan tidak terikut-ikut dengan cara hidup orang lain). Walaupun begitu, saya sering juga menghadiahkannya sesuatu yang saya tahu diingini si dia sebagai “surprise”. Beg tangan, mp3 player berjenama, dinner dan lunch di restoran-restoran terkenal dan termasuk juga tiket-tiket kapal terbang. Si dia tidak biasa dengan semua ini, maka si dia sudah tentulah sangat gembira. Mungkin inilah yang rakan karibnya maksudkan sebagai terlampau memanjakan.

Bagi saya mudah. Hidup berdasarkan kemampuan dan kurang sedikit. Saya tidak kata tidak boleh beli itu, tidak boleh beli ini. Jika kita mampu beli dan tidak menyusahkan hidup, beli. Jika kita tidak mampu buat cara tidak mampu. Segala hadiah-hadiah yang saya berikan kerana saya mampu, dan ia tidak menyusahkan saya sebaliknya membahagiakan. Saya bahagia melihat si dia gembira. Tetapi saya tetap mengingatkannya, bersyukur dan jangan hidup kita dipengaruhi keputusan membeli orang lain. Mungkin ini yang merimaskan si dia.

Masa graduasi telah tiba. Si dia di hantar bertugas sebagai guru di kampung halamannya. Tinggal dengan ibu dan bapa. Berdekatan juga dengan kakaknya. Sudah tentulah tiada masalahnya. Si dia juga telah mempunyai kereta sendiri. Walaupun cuma Kancil, tetapi perasaan setelah mula mempunyai sedikit wang bisa merubah hati.

Si dia rasa si dia tidak lagi memerlukan saya kerana wang gajinya mungkin telah dirasakan membuka matanya dengan luas (ini tanggapan saya). Tiba-tiba beliau bermain cinta dengan kenalan sekampung yang berhari raya (bukan kawan, cuma bermula sebagai kenalan!). Perubahan mendadak dalam tempoh kurang 1 bulan ini sungguh mengelirukan ibu dan kakaknya. Tidak terkata saya sendiri.

Si dia meminta kami untuk memutuskan hubungan. Dengan segala alasan yang ada di dalam buku teks “Alasan untuk memutuskan cinta”. Tidak ada cinta, tidak pernah ada cinta dll. Sungguh menghairankan.

Apabila saya merayu supaya kami berbincang dan lihat jika hubungan kami boleh diselamatkan, beliau menolak. Beliau langsung enggan bertemu. Panggilan telefon saya pun enggan dijawab. Si dia mengatakan, ia bukan salah saya. Ia salah si dia kerana memberi harapan. Selama 3 tahun tiada sepicing pun rasa cinta di hatinya (jika ia familiar, bukankan saya katakan tadi alasan-alasannya ada di dalam text book “Alasan Untuk Memutuskan Cinta?”.)

Saya tidak percaya. Kami telah bercinta selama lebih 3 tahun. Bukan tidak ada detik pahit manis kami. Bukan dia tidak pernah menangis apabila kami bertengkar. Saya petik satu, si dia menangis kerana ada delivery boy menghubunginya. Si dia sangka saya menghantar kurier untuk memulangkan semua hadiah pemberiannya. Rupa-rupanya, setelah 30 minit suspens, delivery boy tersebut menghantar kek hari jadinya. Kejutan dari saya! Dan mengalir air mata si dia terharu dan gembira. Orang lain apabila bertengkar melupakan hari jadi pasangan, tetapi saya membuat mengalah dan membuat kejutan! Sudah tentunya pertengkaran kami selesai dan si dia mengucapkan rasa cinta dan bertuahnya kerana memiliki saya sebagai pasangan.

Dalam usaha untuk menyelamatkan cinta kami, apa sahaja yang sah disisi undang-undang dan agama yang boleh dibuat telah saya buat. Saya telah cuba menghubunginya menggunakan pendekatan terbaik, saya telah ke rumahnya untuk bertemu dengan ibu bapa dan kakaknya dan mereka turut yakin dan merestui keikhlasan saya.

Di sebalik dihamburi dengan kata-kata kesat, saya dikatakan bodoh kerana masih mahu kepada orang yang tidak mahukan saya lagi.

Saya terkejut. Si dia yang saya kenali sungguh berbeza dengan si dia yang bercakap dengan saya ketika itu. Si dia seperti singa yang dirasuk! Saya tidak pernah mendengar dia menggunakan kata-kata yang tidak sepertinya itu walaupun ketika marah sebelum ini.

Itu adalah di antara sebab kenapa setelah 3 bulan didera secara mental dan verbal oleh dia, saya masih yakin hubungan kami boleh diselamatkan. Puas saya mencari alasan kenapa. Saya masih tidak faham.

Di sebalik setiap pengakuan salah dan berdosanya kepada saya kerana memutuskan “cinta yang tiada” kononnya itu, Aidilfitri ini, hampir genap setahun detik pahit itu terjadi tidak ada satu pun mesej meminta maaf darinya di hantar.Si dia masih memberitahu rakan karibnya yang saya sememangnya baik dan si dia rasa bersalah. Bahkan rakan-rakan karibnya juga menawarkan diri untuk menjadi pengganti, yang saya tolak.

Jika cinta itu mudah untuk mentafsirnya, pasti ini tidak terjadi.

Setiap dari kita merasakan cinta kita berbeza. Jika cinta itu bahagia, cinta itu lebih bahagia. Dan jika kita sedang merana, kita anggap bahawa kitalah paling sengsara.

Benarkan begitu?

Jikalah cinta itu mudah.

Like this articles? share it with Share With FacebookFacebook
<< Back
0 Comment | 2508 hits | Posted by Callrid at 2009-11-19 09:14:39

Related Read

Add Comment
Name :
Web :
Comment :

Code :
 

Other Source
A Practical Guide On Complete Multivitamins
Many of us have a hard time deciding what the best multivitamin is for us. This is completely confusing and difficult especially when there are so many bottles to scan in the various aisles of the...

High Blood Pressure
The nutritional benefits of low-fat dairy products are well known for ages. The latest studies show that the ingredients of dairy products - some combination of milk proteins are effective and...

Welcome To Mimicwatch.com - Quality Luxury Replica Vacheron Constantin Watches At Affordable Price
When entering our online store at Mimicwatch.com, you are given an unique opportunity to choose among a wide selection of famous Replica Watches and Replica handbags such as Replica Vacheron...

Ebook Marketing Tips
A great way to have a product to sell on the Internet is an e-book which almost anyone can create. There is no longer any need for delaying with the simple process detailed below. If you are afraid...

Tactical Asset Marketing
Asset Management Different Asset Allocation Strategies Asset marketing is the process of dividing a portfolio into major asset categories such as cash, stocks, real estate, or...

Shout Box
2016-11-24 08:56:05 
Pembicara Internet M
Website yagn bagus
2016-11-24 08:40:45 
Produsen Mukena
Good Website
2016-04-05 20:44:45 
Belanja Alat ukur
Belanja Alat ukur dan Thermal Camera Hanya di dutapersada.co.id
2016-04-04 07:10:03 
hit obat nyamuk
hit obat nyamuk
2016-03-31 15:26:29 
vay dam Lury 2016
We stumbled over here from a different web address and thought I might as well check things out. I like what I see so i am just following you. Look forward to finding out about your web page yet again.

Site Partners


Search Articles

Web Statistic
No Visitor :
3223521
Today Visitor :
269
Online Visitor :
1
what is my ip address? Page Rank Checker

< Jan 2019 >
SMTWTFS
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031

Increase Page Rank

Last Modified 08-November-2011, 23:21:04 pm
callrid.com Created 2006-2012 by Anton Ongsono
All rights reserved